1MDB: Khalid Bidas Laporan Petik 'Sumber'

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 11:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membidas laporan berita yang memetik 'sumber' bahawa seorang Timbalan Pendakwa Raya ditangkap atas arahan Perdana Menteri.

"Berita-berita yang memetik 'kata-kata sumber' seperti di bawah adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik. @PDRMsia," kata Khalid di Twitter pada Sabtu malam.

Menerusi twit yang sama Khalid turut memuat naik paparan skrin berita ringkas daripada sebuah portal berita.

Paparan skrin Twitter milik Khalid.

Sementara itu dalam twit terdahulu yang ditujukan khas kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Khalid menafikan bahawa perintah reman yang diminta untuk dua individu yang ditahan ditolak oleh mahkamah.

"Tweet Dibawah Satu cubaan kelirukan Rakyat," kata Khalid bersama-sama paparan skrin twit Tian Chua.

Bagaimanapun Khalid mengesahkan bahawa tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan yang melibatkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga individu, yang dikaitkan dengan agensi-agensi dalam pasukan petugas khas menyelesaikan sesuatu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditahan berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadap Rewcastle-Brown, katanya.

Mereka ialah bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan