Abdul Gani Ada Hak Cabar Penamatan Perkhidmatan Di Mahkamah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 10:46 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Gani Patail boleh mencabar penamatan perkhidmatan beliau sebagai peguam negara di mahkamah, jelas Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru.

Menurutnya, jika Abdul Gani ingin mencabar keputusan itu di mahkamah, ia tidak akan mengganggu perkhidmatan peguam negara ketika ini.

"Sebagai soal kepentingan awam, ya, ia boleh ditentukan oleh mahkamah. Peguam negara ketika ini boleh meneruskan tugasnya," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jumaat.

Steven berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai peguam negara yang baru bagi menggantikan Abdul Gani.

Steven memberitahu, sebagai anggota kepada perkhidmatan undang-undang dan kehakiman, Abdul Gani perlu diberi peluang untuk mengemukakan laporan kesihatan untuk mengetahui statusnya.

Memetik Perkara 135, Perlembagaan Persekutuan, Steven menjelaskan, hak seseorang penjawat awam perlu didengari terlebih dahulu sebelum dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Tags / Kata Kunci: Peguam Negara , Abdul Gani

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan