'Mahathir Bukan Kawan Saya' Dedah Hubungan Zam-Tun M

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 5:30 PM

Negarawan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan buku tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan) bertajuk 'Mahathir Bukan Kawan Saya' di Putrajaya pada Sabtu. 
Turut hadir penerbit buku Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail (kiri).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tokoh wartawan negara Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam, muncul dengan buku terbaharunya ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’.

Menerusi karyanya kali ini, beliau amat berbesar hati kerana individu ‘bukan kawannya’ itu jugalah yang sudi meluangkan masa melancarkan hasil penulisannya di sebuah kafe di Putrajaya, Sabtu.

Zainuddin berkata buku ini memaparkan pengalaman menarik beliau dan perkembangan politik serta sosial yang telah dilaluinya sepanjang berkhidmat dalam dunia kewartawanan dan kementerian.

"Buku ini turut memaparkan pengalaman saya berinteraksi dengan Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) ketika beliau menjadi doktor di Alor Setar dan juga ketika menjadi menteri pelajaran, perdana menteri dan sesudah bersara," katanya.

Mengenai tajuk buku ini yang dilihat unik dan mampu menarik perhatian umum, Zainuddin berkata bahawa beliau sememangnya menganggap Dr Mahathir bukan kawannya.

Tetapi katanya, orang ramai dan juga media sosial sering merujuk Zam sebagai kawan Dr Mahathir.

"Dr Mahathir sendiri menganggap Zam sebagai kawan tetapi adakalanya tidak menyenangkan.

"Anda akan dapat membuat hukuman sendiri setelah membaca buku ini sama ada Zam kawan atau bukan kawan Dr Mahathir," katanya.

Katanya, secara ringkas buku ini diharap dapat memberikan gambaran ringkas untuk diadili sama ada anggapan ini benar atau sebaliknya.

Zainuddin mempunyai lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, bermula daripada pemberita sambilan sehinggalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Di gelanggang politik, beliau dilantik menjadi Senator, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan seterusnya menjadi Menteri Penerangan.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapan perasmiannya berkata beliau amat mengalakkan pesara-pesara yang memegang jawatan penting dalam kerajaan untuk menulis buku tentang pengalaman mereka.

"Buku berkenaan pengalaman seseorang amat penting. Saya percaya daripada pengalaman mereka kita dapat mempelajari yang mana baik, yang mana bukan, yang mana harus kita tiru dan kita elak," katanya.

Buku ini boleh diperolehi di kedai buku MPH dan kedai-kedai buku terplih pada harga RM25 senaskhah.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan