Tindakan Terhadap Pelaku Edar Kertas Pertuduhan Palsu - Salleh - Berita Semasa | mStar

Tindakan Terhadap Pelaku Edar Kertas Pertuduhan Palsu - Salleh

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 11:31 AM

Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, memandangkan perkara itu telah melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak membuat desakan itu berikutan dokumen palsu itu menjadi viral di internet dan media sosial.

Beliau berkata dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap Perdana Menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan tersebut.

"Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.

"Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com Jumaat.

Beliau berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan, ia telah menjadi viral dan ramai orang telah bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, Sarawak Report, yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia telah mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan 'pihak atasan' yang lain.

Beliau berkata Sarawak Report telah membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen.

"Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat, bermaksud ini merupakan sebab peguam negara dipecat.

"Tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini," katanya.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia bahawa keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan