Draf Kertas Pertuduhan Tidak Berasas Kerana Siasatan Masih Berjalan - SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 5:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya wujud draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berasas kerana siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd masih berjalan, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, suruhanjaya itu berkata, kertas siasatan berkaitan syarikat berkenaan masih belum dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

"SPRM menegaskan siasatan berkaitan SRC International masih berjalan. Oleh itu, tidak timbul isu sudah ada draf kertas pertuduhan berkaitan kes yang sedang disiasat ini. 

"Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 30 Julai 2015, bagi melengkapkan siasatan berkaitan isu SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting," menurut kenyataan itu lagi. 

Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan kewujudan draf berkenaan manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas portal berita Sarawak Report kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu itu.

Sementara itu, SPRM berkata, maklumat berkaitan hasil siasatan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kerana ia satu tindakan bertentangan dengan undang-undang. 

Selain itu, ia turut mengingatkan masyarakat bahawa tanggungjawabnya dalam menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah, bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk Kerajaan.

"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM akan menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: SRC International Sdn Bhd , SPRM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan