Kabinet Lulus Struktur Tambang Bas Rapid Transit Bagi Lembah Klang - Spad

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) pada Jumaat mengumumkan Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit (BRT) bagi Lembah Klang dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.

Spad dalam kenyataan berkata struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 sen dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) itu akan bermula dengan RM0.815 sen bagi 6km pertama.

"Sebanyak RM0.513 sen dikenakan untuk perjalanan 6km hingga 12km pertama, RM0.421 sen untuk 12 hingga 18km, RM0.282,18 sen untuk 24km dan RM0.212 sen bagi perjalanan melebihi 24km.

"Struktur ini mengehadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT dan pihak pengendali tidak dibenar mengenakan tambang melebihi kadar yang ditetapkan," kata kenyataan itu di sini, Jumaat.

Sementara itu, Kabinet turut mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut kenyataan itu lagi, sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang dan dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

"Struktur tambang tersebut tidak dapat menampung kos operasi BRT pada kadar penggunaan kini," katanya.

Bagi memastikan pengguna menikmati kadar tambang yang rendah, kerajaan juga meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana.

"Ini akan membantu menampung perbezaan dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: Spad , struktur tambang bas , BRT

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan