MH370: Serpihan Disahkan Dari Boeing 777

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 7:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Serpihan yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebahagian daripada pesawat Boeing 777.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengesahkan bahawa 'flaperon' yang ditemui di pantai itu merupakan sebahagian daripada badan pesawat Boeing 777.

Aziz bagaimanapun berkata, ini tidak bermakna 'flaperon' itu adalah milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014.

"Benar, MAS beritahu saya bahawa beberapa bahagian 'flaperon' itu adalah dari Boeing 777, tetapi tidak bermakna ia adalah milik MH370.

"Disahkan bahawa flaperon itu dari (Boeing) 777," katanya ketika dihubungi The Star.

Pesawat MH370 hilang bersama dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Abdul Aziz Kaprawi , MH370 , Boeing 777 , MAS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan