Wartawan Asia Sentinel Diberi 48 Jam Untuk Mohon Maaf - Peguam Rosmah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 9:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor memberikan tempoh 48 jam kepada wartawan Asia Sentinel, John Berthelsen untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada beliau di atas dakwaan yang dibuat menerusi satu artikel.

" Encik Berthelsen perlu mengeluarkan permohonan maaf secara sukarela dan tanpa syarat dalam tempoh 48 jam kecuali dia mempunyai bukti lengkap dan justifikasi dalam membuat pernyataan dan dakwaan itu," kata peguam Rosmah, Noorhajran Mohd Noor Advocates and Solicitors dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Jika dia mendapati justifikasi dan asas berdasarkan semua sumber dan maklumat Asia Sentinel daripada pakar akademik dan penganalisis politik itu adalah benar, maka dia perlu menyerahkan kesemua maklumat itu kepada pihak berkuasa berkaitan untuk diadakan penyiasatan, dalam tempoh 48 jam," kata firma guaman itu.

Tambah firma itu, Rosmah menyokong sebarang penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang sah, dan menafikan dakwaan yang dibuat dalam artikel Berthelsen bertajuk "Malaysian PM’s Wife Seeks Central Bank Governor’s Ouster" yang disiarkan pada Khamis.

"Anak guam kami dengan tegas menafikan dakwaan yang dibuat oleh Encik Berthelsen bahawa beliau mahu Gabenor Bank Negara disingkirkan. Anak guam saya tidak mempunyai kuasa atau sebarang maksud yang memudaratkan atau berniat jahat terhadap Gabenor atau mereka yang lain," katanya.

Menurut kenyataan firma itu, Rosmah turut bimbang terhadap "pelanggaran yang tidak wajar dan secara terang-terang berhubung penyiaran akaun peribadinya kepada umum."

"Pada pandangan beliau, jika tiada pandangan positif diambil untuk menyiasat mengenai pelanggaran ke atas akaun beliau, perkara yang sama juga boleh berlaku kepada akaun bagi pelanggan bank yang lain.

"Ini boleh menghakis kepercayaan pelabur dan pengguna institusi kewangan. Anak guam saya melihat pelanggaran ini sebagai sesuatu yang serius, dan berharap siasatan dilakukan, "katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan