PM Ingat Kabinetnya Yang Terbaik - Tun M

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 12:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yakin anggota Kabinetnya ketika ini adalah yang terbaik.

Bagaimanapun, kata beliau lagi, adalah menjadi hak Perdana Menteri untuk menentukan barisan Jemaah Menterinya.

"Kita berhadapan rombakan Kabinet setiap masa.

"Saya rasa PM fikir dia mempunyai Kabinet yang baik," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Hati di Prince Court Medical Centre di sini, Jumaat.

Dr Mahathir berkata demikian susulan rombakan Kabinet yang menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Ditanya sama ada perubahan itu mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Najib, Dr Mahathir berkata: "Saya baca blog, Facebook...tak nampak lagi perubahan (kembalikan keyakinan).

"(Jika) dia (Najib) baca komen orang ramai, dia akan tahu. Orang lahirkan pandangan mereka di Internet," katanya.

Diminta mengulas mengenai pelantikan Ahmad Zahid sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Dr Mahathir berkata, Naib Presiden Umno itu mempunyai kelayakan sama seperti pemimpin lain dalam kerajaan.

"Saya fikir dia berkelayakan seperti orang lain. Dia dapat undi tertinggi dalam undian (Naib Presiden Umno)," katanya yang hanya mengangguk apabila diajukan soalan sama ada Ahmad Zahid adalah pilihan yang tepat.


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan