Pintu PAS Terbuka Untuk Muhyiddin Jika Tak Boleh Bertahan Dalam Umno - Berita Semasa | mStar

Pintu PAS Terbuka Untuk Muhyiddin Jika Tak Boleh Bertahan Dalam Umno

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 6:39 PM

Mohd Amar Nik Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS mengalu-alukan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti itu "sekiranya beliau merasakan tidak boleh bertahan lama dalam Umno".

Tawaran itu dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menerusi satu klip video di Facebooknya pada Jumaat.

Mohd Amar berkata, PAS sentiasa menyokong dan mempertahankan hak mereka yang dizalimi dan dianiayai untuk mempertahankan keadilan sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan dan pintu PAS sentiasa terbuka untuk beliau sekiranya beliau merasakan tidak dapat berada bersama dengan mereka di dalam Umno," katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas mengenai pengguguran Muhyiddin dalam barisan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai lalu.


   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan