Malaysia Terus Cari Opsyen Tuntut Keadilan Bagi Mangsa MH17 - Anifah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 11:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia berikrar untuk terus mencari opsyen bagi membawa pihak yang bertanggungjawab dalam perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, ke muka pengadilan.

Ikrar itu disuarakan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berikutan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya menghalang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu mengenai penuhuhan sebuah tribunal antarabangsa ad hoc untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan perbuatan itu.

Beliau berkata, antara opsyen yang ada bagi Malaysia ialah menggunakan sistem undang-undang hibrid dan yang terdapat di negara berkenaan bagi tujuan pendakwaan.

"Kami berpegang teguh dengan keazaman kami untuk memastikan pelakunya dipertanggungjawabkan tentang perbuatan mereka serta memastikan mangsa yang menaiki MH17 mendapat keadilan," katanya pada taklimat media menjelang berlangsungnya Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

"Kami telah membincangkan opsyen ini dengan panjang lebar, tetapi belum membuat keputusan, mekanisme mana (yang akan digunakan)," kata beliau.

Anifah, bagaimanapun berkata, beliau sedar tentang kerumitan yang akan dihadapi dalam melakukan pendakwaan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus memberi sokongan kepada Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mengenai nahas pesawat itu, yang meragut nyawa 298 anak kapal dan penumpangnya.

Rusia mengggunakan kuasa vetonya bagi menghalang draf resolusi cadangan penubuhan tribunal itu, walaupun 11 daripada 15 anggota UNSC mengundi menyokongnya. China, Angola dan Venezuela tidak mengundi.

Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh berhampiran Donetsk di timur Ukraine.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Anifah Aman , UNSC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan