MH370: "Kepastian Dalam Masa Dua Hari Lagi" - Aziz

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepingan logam, dipercayai sebahagian daripada badan pesawat penerbangan MH370 yang hilang yang ditemui di Pulau Réunion, Lautan Hindi 'hampir pasti' dari pesawat Boeing 777, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

"Flaperon itu adalah sama dengan yang pada pesawat Boeing 777. Ia hampir pasti," kata beliau.

Abdul Aziz berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Ketua Penyiasat MH370 Datuk Kok Soo Chon.

Pasukan Malaysia sedang dalam perjalanan ke Pulau Réunion.

Abdul Aziz berkata, pasukan itu akan dapat membuat kesimpulan dalam masa beberapa hari sahaja lagi jika serpihan yang ditemui sememangnya milik pesawat MAS yang hilang.

"Kami telah menghubungi Pejabat Biro Siasatan dan Analisis (BEA), yang merupakan badan penyiasat Perancis untuk kemalangan dalam penerbangan awam, mengenai penemuan ini.

"Kami telah membuat perjanjian bahawa mereka akan membawa flaperon itu ke Paris, jadi pasukan kita akan bekerjasama dengan mereka dalam membuat pengesahan di Paris," Bernama memetik Abdul Aziz sebagai berkata.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga ada bukti kukuh bahawa serpihan itu milik pesawat yang hilang.

Sementara itu, beberapa laporan berita berkata nombor siri telah dikesan pada flaperon itu.

Imej 'close-up' yang diambil oleh laman berita Reunion, Clicanoore menunjukkan nombor 657BB.

Manual penyelenggaraan pesawat Boeing 777 yang boleh didapati dalam talian menunjukkan bahawa nombor itu berkait dengan bahagian yang dinamakan panel Flaperon di sayap kiri pesawat.

Walau bagaimanapun, laporan berita lain mencatatkan nombor BB670 terdapat pada flaperon yang sama.

MAS atau Boeing tidak dapat mengesahkan perkara ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan