Najib Anjur Majlis Hari Raya Aidilfitri Di Pekan Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 4:55 PM

Perdana Menteri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra orang ramai ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang di adakan di Kampong Tanjung, Rantau, baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Pekan, Ahad ini.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan meraikan orang ramai pada majlis yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 2 petang itu di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri turut akan meraikan kira-kira 100 bakal jemaah haji 2015 dari Parlimen Pekan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Jumaat.

Lebih 100 gerai menghidangkan pelbagai juadah antaranya nasi briyani, daging opor, lemang, nasi dagang, nasi kebuli, kambing bakar, sate dan ketupat disediakan pada majlis itu.

Pengunjung dinasihat meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas.

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pekan itu juga, penganjur akan mengadakan Program Membakar Lemang secara besar-besaran pada petang Sabtu ini. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan