GHB Tidak Patut Pecahkan Undi PR Pada Pilihan Raya Sarawak - Iskandar

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 3:24 PM

ghb
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sepatutnya memecahkan undi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang sekiranya ia ikhlas mahu mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon pada pilihan raya tersebut dilihat lebih cenderung 'mengganggu' undi PR berbanding Barisan Nasional (BN).

"Sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda mereka dalam dunia politik, mereka sepatutnya lebih fokus untuk menarik pengundi BN dan yang atas pagar, bukan PR.

"Kita (GHB dan PR) sedang berdepan dengan BN dan pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memecahkan undi pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Selangor di sini Jumaat malam.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan GHB Sarawak sebelum ini, yang bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: GHB , PAS , Iskandar Abdul Samad , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan