Petunjuk Jika Serpihan Pesawat Dibuktikan Milik MH370 - Bapa Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Pengawal keselamatan, Subramaniam Gurusamy menyifatkan keluarganya berkemungkinan memperoleh sebarang petunjuk sekiranya serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi dapat dibuktikan sebagai milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

"Ia merupakan satu pengalaman menyeksakan yang begitu lama, yang tidak dipastikan sama ada orang yang anda sayang itu hidup atau sudah meninggal dunia," kata Subramaniam, 61, bapa kepada Puspanathan yang menaiki pesawat MH370.

Kakitangan Petronas itu menaiki pesawat berkenaan bagi urusan perniagaan ke China.

Puspanathan, 34, telah berkahwin, dan mempunyai dua anak lelaki, berusia dua dan empat tahun.

Menurut Subramaniam, isterinya, A. Amirtham, 51, mula menangis apabila mendengar berita mengenai penemuan serpihan bangkai pesawat di Pulau Reunion.

"Dia menonton berita di televisyen dan mula menangis lagi," kata Subramaniam, yang juga mempunyai seorang anak perempuan, Theanmoli, 27.

Subramaniam berkata, isterinya mula mengasingkan diri selepas kehilangan anaknya dan jarang keluar rumah.

"Setiap kali ada orang yang menyebut tentang anak lelaki kami, dia tidak keruan," katanya, sambil menambah bahawa adalah sukar bagi mereka yang tidak pasti sama ada anak lelaki mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.


Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan