Australia Tidak Kaitkan Penemuan Bagasi Dengan MH370

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 12:23 PM

Johnny Begue, salah seorang anggota kumpulan pembersih pantai bersama dengan tinggalan sebuah beg di lokasi yang sama penemuan satu serpihan yang dipercayai milik bangkai pesawat MH370 yang hilang. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Ketua carian MH370 di Australia pada Jumaat tidak mahu mengaitkan penemuan bagasi koyak di Pulau Reunion dengan penerbangan MH370 yang hilang.

Beg pakaian itu ditemui pada Khamis tidak jauh dari serpihan pesawat yang ditemui, mendorong spekulasi ia mungkin datang dari pesawat MAS yang hilang tahun lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal.

Tetapi, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) Martin Dolan yang mengetuai carian pesawat di pedalaman selatan Lautan Hindi berkata ia kelihatan seperti tidak mungkin mempunyai perkaitan.

"Daripada apa yang kita faham setakat ini, terdapat alasan yang sangat kurang untuk berfikir positif tentang beg itu," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

"Tidak ada petunjuk yang jelas ia sudah lama berada di dalam air dan sebagainya.

"Jelas sekali ia perlu diperiksa dengan teliti dan keputusan dibuat dengan baik tetapi kita tidak mempunyai tahap keyakinan yang sama terhadapnya sebagai bahan bukti yang berpotensi."

Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Australia  Warren Truss yang menyelia ATSB, juga berhati-hati.

"Berhubung laporan mengenai bagasi ini, rancangan telah dibuat untuk mengambilnya dari tempat ia telah diserahkan, di balai polis tempatan di pulau itu dan ia akan dinilai oleh para penyiasat," kata jurucakap beliau.

"Buat masa ini, ia boleh jadi sampah dan tidak ada hidupan marin untuk menunjukkan bahawa ia telah berada di dalam air bagi tempoh yang lama. Tetapi ia akan diperiksa."

ATSB telah melakukan carian rapi di kawasan seluas lebih 50,000 km persegi di selatan Lautan Hindi, tetapi tidak ada bukti fizikal yang pernah dijumpai.

Pihak berkuasa merancang untuk mencari kawasan seluas 120,000 km persegi.
Tags / Kata Kunci: MH370 , bagasi koyak

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan