Maklumat Siasatan 1MDB Tidak Boleh Didedahkan - Peguam Negara

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 3:31 PM

Tan Sri Mohamed Apandi Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maklumat terkini tentang kemajuan dan hasil siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh didedahkan secara spesifik.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata adalah tidak wajar untuk mendedahkan butiran yang boleh menjejaskan siasatan mereka.

Beliau berkata, kenyataan media juga telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penangkapan dan penahanan orang tertentu untuk membantu siasatan mereka dalam perkara itu.

"Lebih khusus, tidak wajar untuk mendedahkan nasihat, petunjuk, arahan atau panduan yang diberikan kepada agensi-agensi penyiasat.

"Walaupun orang ramai berhak diberitahu, butir-butir siasatan jenayah yang terdiri daripada, antara lain, kandungan kenyataan yang diberikan oleh saksi-saksi adalah terlindung dan undang-undang melarang perkara-perkara seperti itu didedahkan," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata agensi penyiasat telah mengeluarkan kenyataan media sebagai kemas kini umum mengenai perkembangan siasatan.

"Ini termasuk serbuan terhadap pejabat 1Malaysia Development Bhd di Menara IMC Kuala Lumpur pada 8 Julai dan bahan yang dirampas di sana," katanya.

Beliau berkata adalah penting untuk integriti penyiasatan dikekalkan supaya orang ramai tidak ragu-ragu terhadap siasatan.

"Adalah disedari bahawa terdapat kebimbangan dan kepentingan awam yang mendalam dalam kemajuan dan hasil siasatan berkaitan 1MDB," katanya.

Beliau mengulas kebimbangan yang dibangkitkan lima panel pengawasan bebas SPRM yang menyatakan bahawa siasatan 1MDB harus terus 'bebas dan telus daripada sebarang gangguan mana-mana pihak'.

Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, lima panel telah mengulangi bahawa empat agensi yang membentuk pasukan petugas khas menyiasat 1MDB - Jabatan Peguam Negara, polis, Bank Negara Malaysia dan SPRM perlu diberi kebebasan untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan