SPRM Nafi Pegawai Terlibat Konspirasi Jatuhkan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan seperti didakwa beberapa blog.

Katanya, sebarang tindakan yang diambil pegawai kanan SPRM  dijalankan mengikut arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Malahan, kata SPRM, tanggungjawabnya adalah untuk menjalankan siasatan berhubung kes rasuah, bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

"Sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa 'fear or favour' dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," kata SPRM dalam kenyataan, pada Khamis.

SPRM juga menegaskan tidak terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebaliknya hanya menyiasat anak syarikatnya SRC Internationational Sdn Bhd, seperti yang dipersetujui oleh pasukan petugas khas.

Pasukan Petugas Khas itu dianggotai Bank Negara Malaysia, polis dan SPRM yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu Peguam Negara.

Kata SPRM lagi, sama ada dengan atau tanpa pasukan petugas khas, setelah ketiadaan Abdul Gani, pihaknya memberi jaminan siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sehingga lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk kajian dan keputusan.

Katanya, bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.

"SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: SPRM , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan