MH370: Serpihan Bangkai Pesawat Sedang Disiasat Pakar - JACC

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 11:21 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Serpihan bangkai sebuah pesawat yang ditemui di La Reunion Island di Lautan Hindi awal Khamis (waktu Malaysia) kini sedang disiasat para pakar, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Agensi itu berkata Malaysia bertanggungjawab ke atas siasatan dan sedang menguruskannya dengan bantuan Boeing, BEA (Bureau d'Enqutes et d'Analisis pour la Scurit de l'Aviation civile), PBiro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

"Sekiranya bangkai tersebut dikenal pasti sebagai daripada MH 370 di La Reunion Island, ia menjadi konsisten dengan analisis lain dan menjadi model bahawa tempat pesawat itu bersemadi adalah di selatan Lautan Hindi," kata JACC  dalam satu kenyataan, awal pagi (waktu Malaysia), Khamis.

Agensi yang menyelia operasi mencari pada ketika ini di selatan Lautan Hindi berkata sebarang bukti baharu yang ditemui akan digunakan untuk terus memaklumkan dan memperbaiki usaha pencarian yang sedang berjalan.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

Serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

Airlive.net, sebuah laman web yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Runion Island, could that be flap of #MH370? (serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?).

Ia juga menyatakan dalam laman webnya bahawa siasatan kini dibuka untuk menentukan asal-usul trek penerbangan dengan tiga hipotesis disebutkan.

Selain daripada serpihan yang mungkin cebisan MH370 yang dilaporkan hilang di Lautan Hindi, laman web itu melaporkan penyiasat meletakkan kebarangkalian bahawa ia mungkin datang daripada kemalangan sebuah enjin kembar yang terhempas pada 4 Mei 2006 dekat dengan pantai di selatan pulau itu, atau sebahagian serpihan A310 Yemenia yang terhempas di luar Comoros pada Jun 2009.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Jan tahun ini, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai satu kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat itu dianggap telah terkorban.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , JACC

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan