Wujud Pertikaian Sama Ada PAC Boleh Terus Siasat 1MDB

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun menteri dan timbalan menteri baharu selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong berikutan rombakan Kabinet pada Selasa, isu sama ada siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diteruskan tanpa sebarang gangguan, terus hangat diperkatakan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata struktur PAC ketika ini 'tidak mencerminkan komposisi parti politik di dalam Dewan Rakyat' selepas empat ahli jawatankuasa itu dari Barisan Nasional terpaksa mengosongkan jawatan mereka.

Beliau memetik Perintah Tetap Mesyuarat 82 (1) yang menyebut "setiap jawatankuasa pemilih hendaklah boleh dipratikkan, seimbang antara parti dalam Dewan Rakyat dicerminkan dalam jawatankuasa tersebut".

"PAC kini perlu mendapat pendapat Speaker sebelum meneruskan prosiding. Speaker adalah individu bertanggungjawab ke atas Parlimen.

"Saya melihat jawatankuasa ini tidak mencerminkan komposisi parti di dalam Dewan Rakyat.

"Komposisi sekarang tidak lengkap," kata Kiandee ketika dihubungi.

Menurut beliau, ini adalah kali pertama empat ahli PAC diserap ke dalam barisan Kabinet perdana menteri.

PAC mempunyai 13 ahli, lapan dari BN dan lima dari pembangkang.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), William Leong (PKR-Selayang) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) menegaskan PAC akan meneruskan sesi pendengaran 1MDB kerana mempunyai korum mencukupi walaupun empat ahli jawatankuasa itu dilantik dalam barisan Kabinet baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Halmi, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamu dan bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Hazem Abd Rahman serta ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, antara individu yang akan hadir untuk sesi prosiding di hadapan jawatankuasa itu pada 4, 5 dan 6 Ogos.

Manakala, Jho Low diminta untuk hadir pada 8 September ini.

PAC juga memangil Pengarah Brazen Sky Sdn Bhd dan sebuah syarikat dibawah 1MDB yang terlibat dalam pelaburan dengan PetroSaudi International pada 9 dan 13 September ini.

Dr Tan berkata Peraturan Mesyuarat 83 (3) memperuntukkan bahawa prosiding boleh diteruskan selagi korum mencukupi.

Peraturan Tetap Mesyuarat 83(3) berbunyi: "Melainkan jika Dewan Rakyat mengarahkan, tiga ahlinya termasuk pengerusi patut berada dalam korum tersebut.

Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong (DAP) berkata pengerusi di sini merujuk kepada mana-mana ahli PAC dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Beliau memetik Peraturan Tetap Mesyuarat 77 (3) dan menjelaskan bahawa ahli jawatankuasa boleh melantik mana-mana ahli untuk bertindak sebagai pengerusi bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut semasa ketiadaan pengerusi atau naib pengerusi kerana masalah kesihatan atau sebab lain.

Dr Tan berkata walaupun keempat-empat ahli PAC itu dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri, PAC masih mempunyai sembilan lagi ahli dengan lima dari pembangkang.

"Kami mempunyai korum yang mencukupi, jadi prosiding boleh diteruskan," katanya.

Datuk Nur Jazlan Mohamed yang merupakan pengerusi PAC sebelum rombakan Kabinet dilakukan berkata pada Selasa bahawa semua prosiding akan digantung sementara waktu sehingga barisan PAC yang baharu dilantik.

Kiandee bagaimanapun berkata situasi sekarang bukan mengenai soal ketidakhadiran.

"Dalam kes ini, jawatan dikosongkan kerana pelantikan empat ahli PAC sebagai menteri dan timbalan menteri. 

"Oleh itu, jawatankuasa ini tidak lengkap," katanya.

Pakar perlembagaan Prof Dr Shad Saleem Faruqi berkata sebuah jawatankuasa tidak akan diteruskan tanpa pengerusi dan ahli jawatankuasa sedia ada tidak boleh meneruskan prosiding dengan hanya cukup korum.

"Ketiadaan pengerusi adalah satu faktor yang serius. Jika Pengerusi tidak berupaya pada hari itu, maka ia tidak mengapa tetapi dalam kes ini jawatan dikosongkan.

"Keahlian juga mesti seimbang. Satu jawatankuasa dalam Parlimen perlu ada wakil dari kedua-dua pihak," katanya ketika dihubungi.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia gagal dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan