MH370: Pasukan Malaysia Ke Perancis Teliti Serpihan Pesawat - PM

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 7:35 PM

Pihak berkuasa Perancis meneliti serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion sebelum dibawa ke Toulouse untuk diteliti pasukan penyiasat penerbangan awam.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan secepat mungkin sama ada serpihan yang ditemui di Pulau Reunion milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, serpihan itu dibawa ke Toulouse untuk diteliti pasukan penyiasat penerbangan awam.

"Satu pasukan dari Malaysia kini dalam perjalanan ke Toulouse termasuk pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Penerbangan Awam dan pasukan penyiasat MH370 serta Penerbangan Malaysia (MAS) dan pada masa sama, satu lagi pasukan meninjau ke kawasan serpihan itu ditemui di Pulau Reunion," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi sama ada serpihan itu daripada pesawat yang hilang itu walaupun laporan awal menunjukkan besar kemungkinan ia daripada Boeing 777, model sama pesawat MH370.

"Lokasi penemuan serpihan itu konsisten dengan analisis yang disediakan kepada pasukan penyiasat Malaysia yang menunjukkan laluan dari selatan Laut Hindi ke Afrika," katanya.

Beliau juga berjanji kepada semua waris dan keluarga penumpang serta kru pesawat itu bahawa Malaysia sama sekali tidak akan berputus asa untuk mencari pesawat berkenaan yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu itu.

"Sebaik kami memperoleh maklumat tambahan atau pengesahan, ia akan dimaklumkan kepada umum.

"Demi ahli keluarga dan waris yang kehilangan orang tersayang dan menanggung kesedihan tanpa sebarang kepastian, saya berdoa kebenaran dapat ditemui supaya ada penamat dan mereka lebih tenang," katanya.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.




Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Perdana Menteri , Toulouse

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan