Mohamad Hasan Nafi Suaranya Dalam Rakaman Audio Kritik Najib

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 3:33 PM

Mohamad Hasan

Mohamad Hasan

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan suaranya terkandung dalam rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad berkata beliau tidak ada kena mengena dengan rakaman audio itu dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman itu.

"Buktinya ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan terutamanya latar belakang bapa individu itu adalah guru sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan guru," katanya dalam kenytaan ringkas di sini, Khamis.

Mohamad berkata, pihak yang membuat dakwaan itu sememangnya berniat jahat terhadap beliau selain cuba mengelirukan rakyat serta mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin-pemimpin lain dalam Umno dan kerajaan.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mohamad Hasan , Muhyiddin Yassin , Umno

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan