"Saya Tidak Akan Komen" - KPN

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 7:51 PM

Video Muhyiddin mengimbau perbualannya dengan Perdana Menteri yang menjadi viral.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas berhubung video Tan Sri Muhyiddin Yassin menceritakan perbualannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi viral.

Ketua Polis Negara berkata, beliau tidak akan komen mengenai isu yang mempunyai kaitan dengan siasatan Pasukan Petugas Khas berhubung 1MDB.

"Saya tidak akan komen. Apa sahaja yang berkaitan 1MDB akan dikendalikan mereka (Pasukan Petugas Khas)," katanya kepada pemberita pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia, Khamis.

Menerusi video itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat sedang duduk berbual bersama beberapa tetamu di kediamannya.

Rakaman berdurasi 53 saat itu menunjukkan Muhyiddin mengimbas perbualannya dengan Perdana Menteri berhubung dakwaan laporan The Wall Street Journal.

Tags / Kata Kunci: Ketua Polis Negara , 1MDB , video , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan