Umno Bahagian Sungai Besar Batal Jemputan Terhadap Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 12:12 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jemputan yang dibuat terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berucap pada majlis pembukaan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pada 30 Ogos ini dibatalkan kerana bimbang beliau akan 'mengelirukan' ahli parti.

"Keputusan untuk membatalkan jemputan tersebut dibuat selepas mengambil kira keadaan politik semasa," kata pengerusi bahagian itu, Datuk Jamal Yunos.

Beliau berkata Umno Bahagian itu bimbang insiden ucapan Muhyiddin pada pembukaan persidangan perwakilan Umno Cheras berulang lagi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mengkritik isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata kenyataan Muhyiddin bertentangan dengan prinsip "tanggungjawab bersama" dan jika berulang ia boleh memecah-belahkan kepercayaan ahli di peringkat akar umbi dan melemahkan kerajaan.

"Dia sengaja mengkritik kepimpinan Najib terutamanya menyentuh isu berkaitan 1MDB," kata Jamal.

Beliau juga bimbang sekiranya Muhyiddin menghadiri persidangan itu, kenyataannya akan mengelirukan ahli parti dari Umno Bahagian Sungai Besar dan melemahkan kesetiaan dan kepercayaan di peringkat akar umbi.

"Sejajar dengan keadaan politik semasa dan kepentingan serta kebajikan Umno, saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berehat dari arena politik dan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno dengan cara terhormat.

"Amat penting bagi pemimpin parti untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan tanpa sebarang gangguan dalaman," kata Jamal.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan