Bandaraya Kuching Diisytihar Bandaraya Perpaduan Pada 1 Ogos

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tanggal 1 Ogos ini, bakal menyaksikan sejarah tercipta di Bumi Kenyalang dengan pengisytiharan Kuching sebagai 'Bandaraya Perpaduan' oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Pengisytiharan itu bersempena sambutan perasmian ulang tahun Hari Bandaraya Kuching ke-27 di Stadium Perpaduan di sini.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah Y1M Datuk Seri Azman Ujang berkata Bandaraya Kuching yang dihuni lebih 600,000 penduduk daripada sekitar 30 etnik ketika ini, wajar menjadi contoh kepada dunia bagaimana toleransi antara kaum dapat mewujudkan sebuah bandaraya cukup harmoni, pesat membangun, menjunjung teguh konsep perpaduan dalam kepelbagaian.

"Perpaduan kaum di bandar raya ini cukup teguh, tidak seperti mana-mana kota raya di dunia yang kita lihat perpaduan kalangan penduduk pelbagai etnik cukup rapuh," kata bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan anak jati Kuching itu kepada Bernama.

Ilham menjadikan Kuching sebagai sebuah 'Bandaraya Perpaduan' dicetuskan  Yayasan 1Malaysia (Y1M) sekitar Disember tahun lepas yang membawa kepada pembentangan satu kertas kerja ke peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan  Sarawak yang sekali gus menarik minat Ketua Menteri.

Adenan yang cukup teruja dengan idea berkenaan, melihat potensi besar kewujudan bandar raya berkenaan dalam memupuk semangat perpaduan dan intergrasi melewati batas sempadan Kuching mahupun Sarawak dan terus mengarahkan jentera kerajaan negeri menerajui inisiatif dalam menjayakan Kuching sebagai sebuah 'Bandaraya Perpaduan'.

Y1M melalui kaji selidik kualitatif yang dijalankan Pengurusnya Ong Yuen Ling, telah memaparkan maklumat yang cukup mengagumkan, memperlihatkan banyak fakta yang menguatkan lagi hipotesis bahawa bandaraya Kuching adalah sebuah bandaraya perpaduan sejati yang tiada tolok bandingnya.

Antara fakta menyokong Kuching sebagai bandaraya perpaduan ialah statusnya sebagai bandaraya, kepadatan penduduk tinggi dengan kepelbagaian etnik serta budaya, kestabilan politik, keunikan struktur pentadbiran bandar dan kesamarataan peluang pekerjaan.

Sistem persekolahannya turut dilihat menyerlahkan perpaduan yang cemerlang antaranya penglibatan pelajar pelbagai kaum yang padu dalam pelbagai aktiviti termasuk sukan, kesenian, kuiz, debat, mahupun drama; manakala biasiswa pula diagih berdasarkan kepada prinsip prestasi serta potensi pelajar tanpa mengira kaum.

Selain itu, penduduk seluruh Sarawak amnya dilihat lebih terbuka kepada perkahwinan campur antara kaum, yang dilihat bukan sahaja mengukuhkan lagi konsep 'Kesatuan dalam kepelbagaian' malah menyuburkan lagi sikap bertolak ansur serta persefahaman yang membolehkan mereka hidup aman damai dan harmoni..

"Penerimaan kepelbagaian budaya membuatkan setiap individu memahami dengan lebih baik kebudayaan dan tradisi bangsa lain. Ini sekali gus memperkaya budaya dalam masyarakat serta mengukuhkan hubungan antara kaum.

"Semangat persaudaraan yang begitu menebal di dalam sanubari setiap penduduk Sarawak boleh dijadikan sebagai satu model perpaduan," menurut kertas kerja itu.

Tags / Kata Kunci: Bandaraya Kuching

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan