Akur Senario Politik Semasa, Sokong Kepimpinan PM - Azalina

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 5:30 PM

Azalina Othman. FOTO:NORAFIFI EHSAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta supaya pemimpin serta ahli Umno perlu akur dengan senario politik semasa dan terus menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ahli Umno juga perlu menerima keputusan pelucutan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pada masa sama setia kepada pemimpin parti.

"Kesetiaan kepada kepimpinan adalah sesuatu yang penting dan seorang menteri kabinet, terutama sekali TPM (Timbalan Perdana Menteri), mempunyai tanggungjawab besar untuk menyokong Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama wartawan hiburan di Restoran Rebung, Bangsar di sini pada Khamis.

Rombakan Kabinet pada Selasa menyaksikan Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang  dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen.

Menerusi rombakan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Muhyiddin yang digugurkan daripada Kabinet.


Azalina (duduk dua dri kiri) beramah mesra bersama wartawan hiburan pada majlis anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Restoran Rebung, Bangsar pada Khamis. FOTO: NORAFIFI EHSAN

Ditanya pendirian Umno Bahagian Pengerang kepada Muhyiddin selaku Timbalan Presiden Umno, kata Azalina, bahagiannya hanya akan menyokong presiden parti sambil menambah Majlis Tertinggi Umno perlu berbincang mengenai kedudukan Muhyiddin.

"Bagi saya, sesiapapun boleh dipecat daripada parti kalau seseorang itu mengkhianati parti, termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin," katanya sambil meminta Muhyiddin mengotakan janjinya untuk terus membantu menguatkan Umno.

Beliau bagaimanapun mengakui keliru apabila tersebar rakaman video perbualan Muhyiddin mengenai Najib dan dana 1MDB yang menjadi viral.

Mengenai segelintir Umno bahagian yang membatalkan jemputan terhadap Muhyiddin bagi merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing Azalina berkata, perkara itu terletak kepada budi bicara kepimpinan bahagian terlibat.

"Saya ketua Umno bahagian, itu hak saya nak jemput siapa? Sebagai pemimpin parti di kawasan, saya ada tanggungjawab dan yakin ramai ketua bahagian yang membatalkan (jemputan) timbalan presiden,” katanya.

Azalina berkata, beliau akan menerangkan kepada ahli Umno mengenai apa yang berlaku dan mendapatkan maklum balas mereka pada mesyuarat Umno bahagian Pengerang, Sabtu ini."
Tags / Kata Kunci: Azalina

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan