Ahli PAS Hadiri Program GHB Akan Dirujuk Kepada Lembaga Disiplin Parti - Hadi

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 8:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: PAS akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Gerakan Harapan Baharu (GHB), kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya PAS sentiasa memantau penyertaan anggota Parlimennya terhadap program berkenaan dan jika ada, PAS tidak akan teragak-agak untuk merujuk mereka kepada lembaga disiplin parti.

"Semalam kita buat kenyataan, kita memberitahu supaya ahli-ahli Parlimen PAS dan pimpinan PAS tidak menyertai program ini. Ini di luar daripada PAS dan dianggap tindakan negatif terhadap PAS.

Kita beri amaran agar mereka tidak menghadiri majlis-majlis macam ini.

Pada masa yang sama, kita masih menunggu (laporan lengkap pembabitan anggotanya ke program itu) daripada negeri-negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ihtifal Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, di Batu Enam di sini, Khamis.

Beliau mengulas tindakan GHB yang diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini sibuk menjelajah ke seluruh negara dan esok program itu akan diadakan di Besut.

Abdul Hadi berkata, hasil laporan daripada PAS di seluruh negara, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang berkenaan sambil mengingatkan anggota parti akur dengan kehendak parti.

Sementara itu, beliau berkata masih terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Di MELAKA, PAS negeri menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menangani krisis dalaman termasuk pembabitan anggotanya dalam GHB, kata Pesuruhjayanya Kamarudin Sidek.

Beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan dengan segera dan tindakan disiplin akan diambil terhadap anggotanya terutama yang memegang jawatan dalam dalam mana-mana peringkat atau bahagian di negeri ini.

"Mereka ada hak tubuhkan parti baharu seperti GHB tetapi biarlah secara bermaruah dan integriti...yang menjadi persoalan dia berstatus ahli PAS tetapi berkempen ajak keluar PAS," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan PAS Melaka.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: GHB , PAS , Abdul Hadi Awang , Parlimen

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan