Laporan Sidang Media Tan Sri Muhyiddin Yassin

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)


Fakta Penjelasan Skandal 1MDB Kepada Kabinet Terlalu Ringkas - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa siri kritikannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin kali ini berkata penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau memerlukan maklumat yang lebih lengkap berhubung dakwaan skandal berkenaan.

"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

"Ia tidak memadai, kerana 1MDB ini isu besar. Sebab itu saya perlu dapatkan maklum balas," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini, Rabu.

Menurut Muhyiddin, sebagai anggota Kabinet pada ketika itu, beliau bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan skandal berkenaan.

Ditanya sejauh mana beliau mengetahui mengenai maklumat berkaitan 1MDB, Muhyiddin berkata: "Saya tahu lebih sedikit daripada apa yang anda tahu."


Najib Susah Nak Cakap Mahu Gugurkan Saya - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui hanya dimaklumkan mengenai penggugurannya daripada Kabinet kurang sejam sebelum keputusan berkenaan diumumkan secara langsung menerusi televisyen di Putrajaya.

Jelas bekas timbalan perdana menteri itu, beliau bagaimanapun menyedari mengenai penggugurannya ketika menghadiri satu majlis rasmi di Sendayang, Negeri Sembilan pada pagi Selasa.

"Masa itu saya dah sedar ia adalah majlis terakhir saya selaku timbalan perdana menteri. Saya diminta hadir ke Pejabat Perdana Menteri pada pukul 11.30 pagi namun hanya berkesempatan ke sana pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

"Saya tanya perdana menteri apa tujuan memanggil saya...beliau susah nak cakap. Saya tanya adakah saya digugurkan, beliau hanya mengangguk. Saya ucap terima kasih," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini.

Pada sidang media itu beliau ditemani isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman.

Sidang media yang dihadiri wakil media tempatan dan antarabangsa itu berlangsung kira-kira setengah jam.




12.10 tengah hari: Sidang media oleh Tan Sri Muhyiddin tamat


11.40 pagi: Sidang media Tan Sri Muhyiddin bermula

Kenyataan media oleh Tan Sri Muhyiddin yang dimuatnaik di laman sosial Facebook miliknya berikutan pengguguran beliau daripada Kabinet mendapat lebih 185,000 'like' dan 40,963 'share' oleh netizen.

11.19 pagi: Petugas media dimaklumkan sidang media akan dimulakan tidak lama lagi.

11.10 pagi: Sidang media pendedahan oleh Muhyiddin belum dimulakan setakat ini.

10.40 pagi: Petugas media tempatan dan antarabangsa memenuhi ruang sidang media di kediaman Muhyiddin.

Ahli keluarga Muhyiddin kelihatan tenang di rumahnya, turut kelihatan penyanyi Najwa Mahiaddin (bertudung). Gambar tersebut dirakam pada Selasa.

9.30 pagi: Petugas media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi rumah Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara untuk sidang media khas selepas penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan