Shafie Apdal: Dari Kereta Kebal Ke Kereta Sorong Sekelip Mata

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 5:12 PM

Shafie Apdal

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Inilah harga perjuangan selama berpuluh tahun dalam parti, sekelip mata semua sumbangannya dilupakan, demikian luahan pegawai kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang digugurkan daripada Kabinet.

Bagi pegawai berkenaan, lebih menyedihkan apabila penamat khidmat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kerajaan kerana beliau menyuarakan pandangan dan mempertahankan kepentingan rakyat.

Pegawai kanan yang lebih 15 tahun berkhidmat kepada Naib Presiden Umno itu, bagaimanapun berkata, kelebihan bosnya - walau apa juga 'hukuman' yang dikenakan terhadapnya, kesetiaannya kepada parti tetap utuh.

"Sememangnya beliau sudah bersedia untuk menghadapi situasi ini, pengumuman yang dibuat secara tidak langsung mengesahkan pelbagai maklumat dan spekulasi yang telah disampaikan kepadanya.

"Malahan, di kalangan pegawainya juga sedia menghadapi semua kemungkinan.

"Jika timbalan dan naib presiden boleh digugur, apa lagi kami di kalangan pegawai bawahan," katanya ketika ditemui mStar Online pada Selasa malam.

Ditanya apakah antara isu yang diketengahkan hingga mengakibatkan Shafie digugur, kata pegawai itu: "Tentu sekali berkaitan 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu Felda dan MAS."

Selama berkhidmat dengan Shafie, kata pegawai itu lagi, tindakan mempertahankan ketua parti dan memperjuangkan rakyat menjadi amalan Ahli Parlimen Semporna itu.

Berikutan itu juga Shafie diberi jolokan sebagai 'kereta kebal' Umno oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan selain Shafie, beliau turut menggugurkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.


Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , Umno , kereta kebal

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan