Senarai PAC Mungkin Berubah - Berita Semasa | mStar

Senarai PAC Mungkin Berubah

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 9:33 AM

Ronald Kiandee.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri perlu meletak jawatan daripada jawatankuasa tersebut.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee berkata Peraturan Mesyuarat 77 (4) menyebut "tiada anggota boleh dilantik atau dinamakan sebagai jawatankuasa PAC semasa memegang jawatan menteri.".

Kiandee berkata mengikut tradisi, parti politik masing-masing perlu mengesyorkan anggota pengganti mereka kepada Jawatankuasa Pemilihan.

"Bagi pelantikan pengerusi PAC, usul perlu dibentangkan oleh kerajaan tetapi bagi ahli-ahli lain, ia akan dikemukakan kepada Dewan oleh Jawatankuasa Pemilihan.

“Nama Nur Jazlan (pengerusi PAC) dicadangkan kepada kerajaan," kata Kiandee.

Selain Nur Jazlan, beberapa ahli lain yang dilantik ke dalam barisan Kabinet baharu Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Ini bermaksud prosiding PAC buat masa ini turut ditangguhkan buat sementara waktu.


Tags / Kata Kunci: PAC , Ronald Kiandee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan