Pewujudan KPT Langkah Bijak - Sahol Hamid

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Naib Canselor Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata kerajaan mengambil langkah bijak dengan memisahkan pengajian tinggi daripada Kementerian Pendidikan dengan melantik seorang menteri menerajuinya.

"Pemisahan ini membolehkan menteri memberi lebih tumpuan dalam usaha memperkasa pengajian tinggi serta memenuhi tuntutan institusi yang bertambah dalam segala aspek berkaitan.

Saya menyifatkan pemilihan Datuk Seri Idris Jusoh menerajui Kementerian Pengajian Tinggi adalah tepat kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang ini," kata Sahol Hamid.

Idris dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan pada Selasa.

Sebelum itu Kementerian Pendidikan diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibantu Idris sebagai Menteri Pendidikan II dan dua orang timbalan menteri.

Sahol Hamid ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perlis di sini, Rabu.

Turut hadir pada majlis itu Pendaftar UiTM Azida Azmi dan Rektor UiTM Perlis, Datuk Prof Dr Redzuan Abdul Rahman.

Tags / Kata Kunci: UiTM , KPT

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan