Pengguguran Muhyiddin Satu Kesilapan - Kadir Sheikh Fadzir

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 12:18 AM

Abdul Kadir Sheikh Fadzir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet disifatkan sebagai satu kesilapan dalam kepimpinan kerajaan.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) itu berpendapat bahawa tindakan tersebut juga hanya akan melemahkan Umno.

Menurutnya, kenyataan Muhyiddin berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanyalah 'sebab kecil' sekiranya ia merupakan punca timbalan perdana menteri itu digugurkan dari Kabinet.

"Saya tidak melihat Muhyiddin perlu digugurkan kerana ucapannya di Cheras (malam Ahad) adalah sederhana sahaja.

"Tindakan menggugurkan timbalan perdana menteri hanya kerana komen yang sederhana amat mengejutkan," katanya kepada pemberita di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas ucapan Muhyiddin berhubung 1MDB, Abdul Kadir berkata, seluruh rakyat sememangnya menunggu jawapan dan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda negara ketika ini.

"Wang yang terlibat (dalam isu 1MDB) bukan sikit tetapi berbilion ringgit. Jadi, semua orang tanya soalan, mereka semua mahukan jawapan.

"Jadi, betul lah apa yang Muhyiddin kata. Sudah ada tuduhan demi tuduhan tetapi jawapan belum lagi," katanya.

Dilaporkan, Muhyiddin dalam ucapannya pada malam Ahad lalu menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, katanya, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan.

Tambah Muhyiddin, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan