Nazir Razak Beri Amaran 'Game of Thrones' Di Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak memberi amaran bahawa ribut politik Malaysia boleh bertukar menjadi seperti siri TV Game of Thrones (Permainan Takhta) jika dibiarkan.

"Melalui pergolakan politik ini, kita mesti memelihara & melindungi institusi integriti kita atau kita tergelincir ke dalam 'permainan takhta'," tulis Nazir, adik bongsu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di akaun Instagram beliau, nazir.razak.

Posting itu diletakkan bersama gambar watak Eddard Stark, seorang pahlawan dari Westeros yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi mempertahankan sahabat, seorang raja yang memerintah, yang dihukum mati kerana mengancam untuk mendedahkan skandal yang melibatkan permaisuri.

Ungkapan terkenal dari siri 'Game of thrones'. You win or you die (anda menang atau anda mati) telah ditulis pada gambar.

Game of Thrones adalah siri fantasi yang sangat popular di HBO yang berkisarkan politik yang melibatkan pergolakan kerajaan Westeros.

Pada Selasa, Najib membuat kejutan dengan mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengambil alih portfolio Menteri Pendidikan.

Muhyiddin telah digugurkan disebabkan pendapat dan kenyataan umum beliau mengenai 1Malaysia Devlopment Berhad (1MDB) di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan