Muhyiddin Tidak Jejaskan Umno - Syed Ali

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 2:43 PM

Syed Ali Alhabsee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dilucutkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno kerana beliau dipilih secara demokratik oleh ahli parti.

Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata parti harus bersikap adil kepada Muhyiddin kerana beliau tidak melakukan apa-apa untuk menjejaskan Umno.

"Beliau dipilih dalam perhimpunan agung parti ini. Ahli parti telah memberi mandat kepadanya sehingga pemilihan semula pada 2018," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Syed Ali berkata demikian di sebalik khabar angin bahawa majlis tertinggi Umno yang akan bermesyuarat pada Jumaat akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin yang mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam satu rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Rombakan tersebut dibuat dua hari selepas Muhyiddin dilaporkan mempersoal cara Najib mengendalikan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat Umno Cheras pada Ahad.

Perdana Menteri berkata ahli Kabinet perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat mereka dan bukannya melalui forum terbuka.

Namun Syed Ali berkata Muhyiddin hanya menyampaikan rungutan rakyat dan melakukannya kerana cintakan parti.

"Dia amat mencintai parti tetapi pemecatan itu dibuat selepas ucapannya semasa merasmikan mesyuarat di bahagian saya," katanya.

Syed Ali menegaskan walaupun tidak mempertahankan Muhyiddin, beliau percaya ucapan itu dibuat untuk mengukuhkan parti.

"Jadi, apa asasnya jika mereka menggantungnya? Pemecatan beliau sebagai timbalan perdana menteri merupakan satu hukuman. Kita tidak harus mencetuskan perpecahan lebih teruk di dalam parti," katanya.

Beliau berkata ini adalah pertama kali seorang timbalan presiden Umno tidak memegang jawatan menteri.

Pada dasarnya, jawatan presiden dan timbalan presiden Umno akan dipegang perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan