Tribunal MH17: Malaysia Mahu Sokongan Majlis Keselamatan PBB

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 10:09 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk mewujudkan tribunal jenayah antarabangsa mengenai insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mewakili Malaysia di New York hari ini bersama empat wakil Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 - Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine.

Menurutnya, setahun lalu, majlis itu sebulat suara mengguna pakai Resolusi 2166 beberapa hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengecam insiden itu dan meminta siasatan menyeluruh dan penyiasatan bebas antarabangsa selaras dengan ketetapan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi itu meminta semua negara untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dan mahukan pihak yang melakukannya bertanggungjawab.

"Kita berada di persimpangan sekali lagi, dan kami meminta majlis itu untuk mengingat semula janji mereka untuk bekerjasama penuh dalam usaha mencari pihak bertanggungjawab menembak jatuh MH17.

"Untuk melakukan ini, satu tribunal jenayah antarabangsa perlu diwujudkan. Di seluruh dunia, kami masih berkabung atas kehilangan 298 nyawa," katanya.


Liow berkata Malaysia tetap fokus untuk mendesak komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan penjenayah yang mengakibatkan tragedi itu dibawa ke muka pengadilan.

Semua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan