Muhyiddin: Kedudukan Saya Dalam Umno Tidak Tergugat

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pengguguran jawatan dalam Kabinet tidak akan menggugat kedudukannya dalam Umno.

Malah menurut timbalan presiden Umno itu, beliau juga akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadual diadakan pada Jumaat ini.

"Tidak, saya tak fikir kedudukan saya tergugat kerana saya bukan baharu dalam parti. Walaupun saya tak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri...itu tugas dalam kerajaan.

"Tugas dalam parti tidak akan saya abaikan. Bila saya perlu hadir...saya akan hadir dalam mesyuarat MT (serta) pertemuan dengan presiden yang akan diadakan sebelum itu atau menguruskan mesyuarat seperti biasa.

"(Saya akan) merasmikan (mesyuarat) bahagian kalau dijemput...bermakna saya tak rasa terhalang dan tak bimbang untuk hadir (majlis Umno)," katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara di sini, Rabu.

Rombakan kabinet seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri, menggantikan Muhyiddin yang digugurkan.

Mengulas lanjut Muhyiddin yang ditemani isterinya, Puan Sri Noraini Abdul Rahman berkata beliau akan terus memainkan peranan dalam Umno mengikut Perlembagaan parti itu.

"Saya perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai timbalan presiden dengan berkesan kerana itulah yang diamanahkan oleh parti, saya dipilih oleh perhimpunan agung.

"Kalau tak laksanakan tugas bermakna saya gagal. Saya adalah orang yang bertanggungjawab. Kalau parti kata inilah tugas yang harus saya pikul, saya akan laksanakan," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Umno Bahagian Raub yang membatalkan jemputan untuk merasmikan mesyuarat tahunan mereka, Muhyiddin berkata: "Saya sedar isu ini baru sangat, ramai orang masih terkejut.

"Tetapi apapun bila keadaan sudah lebih stabil dan ramai yang berfikir secara agak waras, mereka akan melihat saya perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab ini.

"Soal bahagian jemput atau tak jemput itu hak bahagian."

Tambah Muhyiddin beliau bersyukur kerana dimaklumkan bahawa Umno Johor tidak akan menghalangnya daripada menghadiri mesyuarat atau mengadakan pertemuan dengan akar umbi.

"Saya bersyukur kerana dimaklumkan oleh Menteri Besar (Datuk Seri Khaled Nordin) bahawa beliau nasihatkan orang Johor menghormati saya sebagai timbalan presiden Umno.

"Johor tidak menyekat untuk saya masuk ke mana-mana bahagian kalau saya dijemput atau jika saya meminta untuk bertemu bagi memberikan penerangan kerana saya fikir beban tugas sebagai timbalan presiden tidaklah kecil.

"Saya bertanggungjawab mengukuhkan parti. Atas dasar itu saya serahkan kepada pimpinan parti peringkat negeri atau bahagian untuk fikirkan. Kalau mereka memerlukan bantuan, kerjasama...sebagai timbalan presiden saya akan lakukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Rombakan Kabinet , Umno

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan