Jangan Jadikan Pengguguran Muhyiddin Sebab Perpecahan Umno

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 7:10 PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri tidak dijadikan isu yang boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan anggota Umno.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu berkata seluruh anggota parti perlu sedar bahawa soal melantik atau menggugurkan seseorang menteri merupakan kuasa mutlak Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri.

"Saya harap semua anggota Umno bertenang kerana yang pentingnya di sini bukan individu tetapi lebih utama adalah parti dan sebagai tanda sayang kita mesti bersatu di bawah satu kepimpinan untuk kemenangan parti secara keseluruhan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini Rabu.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Ismail Sabri dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu manakala tempatnya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang sebelum itu mengetuai Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ismail Sabri turut mengingatkan anggota Umno bahawa mereka masih mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan secara bersama untuk menunjangi kejayaan parti pada PRU14.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata beliau yakin penggantinnya akan meneruskan beberapa agenda penting yang sedangkan dilaksanakan kementerian itu, terutamanya program Jihad Memerangi Orang Tengah yang ternyata mendapat sokongan baik golongan petani, nelayan dan penternak.

Sementara itu di MUAR, Umno Bahagian Pagoh menasihati seluruh anggota Umno agar bertenang dan bersabar dalam menghadapi isu pengguguran Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata apa yang perlu dilakukan seluruh anggota Umno terutama di bahagian itu ialah berdoa agar Muhyiddin tetap setia, kuat, cekal dan terus bersemangat sebagai Timbalan Presiden Umno untuk terus memimpin parti.

"Kami di Pagoh akan sentiasa berdiri teguh di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Umno Bahagian Pagoh yang selama ini banyak menyumbang jasa dan bakti terhadap agama, bangsa dan negara.

"Tentunya Umno Pagoh dan rakyat Pagoh berasa dukacita dan kecewa atas tindakan ini walaupun masyarakat umum ketahui Tan Sri Muhyiddin berusaha untuk mempertahankan hak rakyat dan kepentingan negara," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Muhyiddin dalam sidang akhbar kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini dilaporkan berkata, beliau akur dengan pengguguran itu serta bertekad akan terus berkhidmat untuk parti dan negara selaku Timbalan Presiden Umno.

Di GEORGE TOWN, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pertukaran Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jemaah menteri dalam barisan Kabinet yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tidak akan memberi kesan kepada parti.

Menyifatkan perkara itu bukan satu perkara baharu, beliau berkata Umno telah melalui pelbagai detik dan getir sebelum ini di mana beberapa kali timbalan presiden parti digugurkan daripada kerajaan mahupun parti.

"Kita bukan baharu kepada keadaan begini...dulu bawah Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdul Ghafar Baba...kita dah lalui proses ini dan Umno tetap teguh, Umno tetap memerintah dan mendapat keyakinan daripada rakyat.


"Kita harap di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih lagi Timbalan Presiden Umno...beliau dapat bersama-sama untuk memperkukuhkan parti kita," katanya kepada pemberita pada Jamuan Aidilfitri Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di Menara Umno, di sini hari ini.

Dalam pada itu Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang sedia untuk bekerjasama dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kita tidak pernah rasa kekok dengan beliau memandangkan beliau sebelum ini adalah bekas pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang dan kita akan terus beri sokongan supaya parti kita terus kuat, kerajaan kita kukuh," katanya.

Beliau turut berharap barisan Kabinet yang baharu itu dapat menyelesaikan masalah dan isu tertangguh terutama yang menyentuh soal ekonomi, pembangunan dan isu semasa seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan, 1Malaysia Development Berhad dan kejatuhan nilai mata wang.

Katanya, kerajaan perlu menangani isu berkenaan dengan bijak selain memfokuskan kepada usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan