Barisan Kabinet Baharu Ikrar Bersatu Hati

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 2:59 PM

Najib berbincang dengan barisan kabinetnya pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan menteri dan timbalan menteri baharu pada Rabu berikrar bersatu hati dalam satu pasukan untuk memberi khidmat kepada rakyat meskipun berdepan cabaran yang tidak menentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata beliau akan bergerak secara sepasukan dengan barisan baharu itu bagi mendepani cabaran media sosial yang mempengaruhi rakyat ketika ini.

"Barisan baharu ini akan beri kekuatan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana rakyat Malaysia tak macam dahulu dengan kehadiran media sosial, sepatutnya ia dijadikan satu platform terbaik dan positif kepada pimpinan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, di sini Rabu.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata barisan kepimpinan baharu dilihat sangat dinamik sekaligus dapat membentuk satu pasukan yang mempunyai satu suara dalam membantu kerajaan berdepan pelbagai konflik.

"Selain itu saya akan menumpukan isu berkaitan dengan alam sekitar termasuk isu penerokaan tanah di Cameron Highlands dan perubahan cuaca yang luar biasa untuk memastikan tiada lagi banjir besar berlaku," katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin pula berkata beliau bersedia memikul tanggungjawab untuk meningkatkan perdagangan dalam negara yang boleh dimanfaatkan pengguna sekaligus memberi manfaat kepada negara.

"Saya bersedia mendengar keluhan daripada semua pihak bukan hanya daripada orang atas sahaja, lebih penting lagi pengguna dalam membawa negara lebih ke hadapan," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berpendapat tugas dan cabaran yang mendatang akan ditanggung bersama-sama barisan baharu itu sebagai sebuah pasukan yang kuat.

Timbalan Menteri Pendidikan Senator Chong Sin Woon pula berikrar meningkatkan mutu pendidikan negara dalam usaha menjadi negara maju dalam lima tahun akan datang.

"Ini merupakan tanggungjawab berat lagi-lagi kita menghadapi pelbagai cabaran, namun kita akan terus meningkatkan pendidikan anak-anak kita agar setaraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata pelantikannya membuktikan kerajaan prihatin dan memberi peluang kepada kepimpinan wanita muda.

Semoga gandingan muka baharu dan lama dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk memulihkan keadaan dan politik negara yang kian mencabar, katanya.

Tags / Kata Kunci: Kabinet baharu , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan