Hadi Cenderung Kepada Umno - Guan Eng

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 5:33 PM

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Rabu berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Abdul Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai perkara biasa.

"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi".

Pada sidang akhbar di sini, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Abdul Hadi berkata terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan