Cuepacs Sokong Rombakan Kabinet Mantapkan Pentadbiran Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuepacs mengalu-alukan rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ke arah memantapkan lagi pentadbiran kerajaan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata: "Apa yang dibuat oleh Perdana Menteri, saya ingat ia ke arah kebaikan bukan untuk menyisihkan sesiapa, tetapi hendak memantapkan pentadbiran kerajaan dan Cuepacs daripada dahulu lagi tetap teguh bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri".

Cuepacs telah tegaskan bahawa kami menyokong apa jua perancangan, apa jua dasar, apa jua tindakan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada pendapat kami, rombakan ini ataupun penyusunan ini perlu dibuat enam atau tujuh bulan dahulu, bukan sekarang dan kalau kerajaan tidak stabil, macam mana keadaan kami penjawat awam ini?, katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini, Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Azih berkata Cuepacs yakin barisan kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri semalam akan lebih bekerjasama, lebih erat, berpadu dalam satu wadah dan matlamat untuk menjadi kerajaan yang lebih kukuh.

"Pertama kita mahu sebuah negara yang aman damai. Kedua kita tak nak supaya dalam negara ini ada huru-hara dari segi pertembungan dan perbalahan politik yang akhirnya mengheret rakyat sama ada ke jalan raya, dan menggunakan pena ataupun menggunakan hujung jari mereka untuk menjatuhkan kerajaan. Ini tidak bagus.

"Kita tahu kalau negara kita Malaysia sebuah negara yang majmuk, berbilang kaum, berbilang agama dan berbagai-bagai budaya jika mereka ini tidak disatukan dalam kekuatan pentadbiran kerajaan saya amat bimbang," katanya.

Beliau yakin tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri bertujuan untuk memastikan bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Tags / Kata Kunci: Cuepacs , Kabinet

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan