Cuepacs Minta Kerajaan Naikkan Gaji Penjawat Awam 35 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 8:44 PM

azih

Azih Muda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta supaya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam dengan memberi kenaikan sebanyak 35 peratus pada pembentangan bajet Oktober depan.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs telah menyuarakan perkara itu dalam perbincangan sebelum Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), berhubung beberapa perkara yang patut digubal oleh kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Harapan Cuepacs selain kita berterima kasih, kerana kerajaan menetapkan kadar imbuhan baharu perumahan RM300 terendah berkuat kuasa 1 November, tetapi dalam masa sama kita berhadapan pelbagai isu dan cabaran hari ini, terutama kos sara hidup yang meningkat," katanya pada majlis Aidilfitri Cuepacs di sini, Rabu.

Katanya, Cuepacs juga mengharapkan kerajaan memperkenalkan gaji minimum untuk sektor awam serta penyelesaian kepada permintaan agar 252 skim gaji dan elaun perkhidmatan dikaji semula dan ditambah baik.

Azih berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai pendapatan kerana katanya rakyat hari ini termasuk pekerja sektor awam dan swasta terpaksa membayar banyak cukai berganda.

"Sekarang ni kadar pelepasan income tax untuk anak RM1,000...tapi RM1,000 tak cukup...jadi kerajaan kena tingkatkan seratus peratus pelepasan cukai ini," katanya.

Cuepacs juga berharap kerajaan dalam bajet akan datang, memastikan dasar perumahan negara diwujudkan secara konsisten agar setiap penjawat awam dan setiap rakyat sekurang-kurangnya mampu memiliki sebuah rumah. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Cuepacs , Azih Muda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan