Pelantikan Sebagai TPM Satu Takdir Tidak Diharapkan - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan sebagai timbalan perdana menteri yang baharu adalah sebagai satu takdir yang tidak pernah diharapkan dalam karier politiknya.

Menurut Ahmad Zahid pelantikannya sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi sejarah beliau bersama perdana menteri dalam kerajaan.

"Ini mengulangi sejarah lama ketika beliau (Najib) menjadi Menteri Belia dan Sukan dan saya menjadi Setiausaha Politik.

"Ini satu putaran hayat politik yang saya tak pernah harapkan.

Tapi kuasa Allah, saya terima ini sebagai satu takdir, qada  dan qadar," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Terdahulu Najib mengumumkan rombakan Kabinet Persekutuan dengan menyaksikan Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Kedudukan Ahmad Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri turut dikekalkan.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid juga menggesa semua anggota Kabinet dan ahli Umno memberi sokongan kepada Najib.

"Saya mohon rakan-rakan dalam Kabinet, ketua-ketua bahagian dan sayap dalam Umno malah kepimpinan parti dapat beri dokongan kepada perdana menteri. Insyallah kita akan membantu," katanya.

Tags / Kata Kunci: TPM , Zahid , Menteri Dalam Negeri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan