Zahid Hamidi Dilantik TPM Baharu, Ganti Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 2:05 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

dikemaskini PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini adalah Timbalan Perdana Menteri yang baru mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diguggurkan dari jawatan itu dalam rombakan Kabinet yang diumumkan pada Selasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, keputusan untuk menggantikan Muhyiddin termasuk rombakan kabinet dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran supaya komited dan fokus terhadap negara.

Zahid, 62, merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh sejak 1995.

Naib Presiden Umno ini memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sejak 2013. Dalam rombakan kabinet ini, beliau terus dikekalkan di potfolio Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum itu, Zahid merupakan Menteri Pertahanan iaitu dari 2009 sehingga 2013.

Beliau juga pernah terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada 1996 sebelum meletakkan jawatan dua tahun kemudian ekoran krisis antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Pada pilihan raya umum 2004, Zahid dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan dua tahun kemudian sebagai Timbalan Menteri Penerangan.

Bapa kepada lima orang anak ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya pada 1976.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana komunikasi dan seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebelum menceburi bidang politik Ahmad Zahid adalah seorang pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa buah bank seperti OCBC, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Berdasarkan pengalaman itu juga beliau dilantik menjadi Pengerusi BSN pada 1995 sebelum melepaskan jawatannya pada 1998.

Zahid turut pernah dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 1999.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan