Tak Perlu Nyatakan Perbezaan Secara Terbuka - Najib

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas beberapa jam mengumumkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet Persekutuan, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada petang Selasa, perdana menteri antara lain menyentuh mengenai tindakan anggota Kabinetnya sebelum ini yang mengeluarkan kenyataan terbuka hingga menjejaskan persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

"Ahli-ahli Kabinet tidak perlu menyuarakan perbezaan mereka dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan dan Malaysia.

"Ia adalah bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama yang merupakan asas kepada Kabinet kerajaan," katanya.

Rombakan kabinet seperti yang diumumkan Najib hari ini menyaksikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang digugurkan.

Ahad lalu Muhyiddin sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat gesaan terbaharu supaya kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata isu itu akan menjadi bebanan kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan.

Mengulas lanjut Najib yang kekal memegang portfolio Menteri Kewangan berkata pengguguran Muhyiddin merupakan sebahagian daripada proses membuat keputusan yang perlu dilaksanakan.

"Kabinet perlu bertindak sebagai satu pasukan yang kukuh. Saya mengalu-alukan perdebatan, menerima dan bertolak ansur dengan kritikan atau perbezaan pendapat.

"Keputusan untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah sangat sukar, tetapi kepimpinan adalah mengenai apa yang anda fikir betul.

"Untuk berkhidmat kepada Malaysia, saya mesti mempunyai satu pasukan yang kukuh dan bersatu bergerak ke arah yang sama," katanya.

Selain itu Najib berkata beliau yakin barisan anggota Kabinet yang baharu berupaya meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

"Tidak ada yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyat - saya akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.

"Saya yakin dalam masa sama, Kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan Barisan Nasional menjelang PRU-14," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Muhyiddin Yassin , 1MDB , Kabinet

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan