Siaran Langsung Dari Kediaman Tan Sri Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT merupakan suasana di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur:

6.30 petang: Ummi Hafilda umum keluar Umno di depan kediaman Muhyiddin selepas tidak berpuas hati dengan tindakan menggugurkan timbalan presiden parti itu sebagai timbalan perdana menteri.

6.00 petang: Penyanyi, Najwa Mahiaddin berada di rumah bapanya Tan Sri Muhyiddin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

5.51 petang: Bekas Setiausaha Umno Tan Sri Sabbaruddin Chik yang merupakan jiran Muhyiddin beredar dari kediaman bekas timbalan perdana menteri itu.

5.21 petang: Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tiba di kediaman Muhyiddin.

4.41 petang: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed ALi Alhabshee meninggalkan kediaman Muhyiddin.

4.26 petang: Menteri yang digugurkan daripada Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal yang tiba di rumah Muhyiddin berkata kepada pemberita," tak perlu sedih, tak perlu risau bila berjuang untuk rakyat."

4.15 petang: Sekumpulan 30 petugas media berkumpul di rumah bekas timbalan perdana menteri.


Tags / Kata Kunci: Bukit Damansara , Muhyiddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan