Dilantik Sebagai Menteri, Salleh Letak Jawatan Speaker DUN Sabah

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 6:07 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu berkata beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkuat kuasa serta merta.

Katanya peletakan jawatan berkenaan adalah bagi membolehkannya melaksanakan tugasnya yang baharu sebagai anggota Jemaah Menteri Persekutuan berkuat kuasa esok seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

"Saya telah memaklumkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah tentang keputusan ini kerana setelah dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Persekutuan, sudah tentulah tidak dibenarkan memegang jawatan Speaker DUN," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini berhubung pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri hari ini.

Bagaimanapun, katanya beliau yakin tugas baharunya sebagai menteri persekutuan tidak akan menjejaskan khidmat dan tanggungjawabnya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan.

Tags / Kata Kunci: Sabah , Menteri , Speaker

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan