Ganti Muhyiddin Supaya Jemaah Menteri Dapat Bergerak Satu Pasukan

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 3:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rombakan Kabinet pada Selasa dilakukan bagi memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam membantu kerajaan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Jelas Perdana Menteri, keputusan  menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menggugurkan empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio dibuat selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran negara.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Selasa.

Najib berkata bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility)," katanya.

Menurut beliau, keputusan menggantikan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan," katanya.

Malah, Najib turut yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat kerajaan menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

Beliau berkata, Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara kira-kira pukul 10 pagi Rabu.

Tags / Kata Kunci: Kabinet , Menteri

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan