TPM Baru: Mengenali Ahmad Zahid Hamidi

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 8:20 PM

Zahid dan isterinya Hamidah Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau, yang turut kekal sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini, telah juga menyandang beberapa jawatan lain dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Sebelum menjadi anggota kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pertadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Hubungan kerja antara Ahmad Zahid dengan Najib telah agak lama terjalin kerana beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Najib semasa Perdana Menteri pada ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan (kesemuanya dari 1987-1993).

Sebelum daripada itu beliau telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal dari tahun 1991 hingga 1994.

Beliau mula bergiat aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan dari sini, beliau terus mendaki tangga dalam perjuangan politik Umno peringkat nasional sehingga berjaya terpilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (1996-1999).

Pergerakan politiknya hanya terencat seketika apabila timbul krisis di antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang menyaksikan beliau terpaksa melepaskan jawatannya sebagai ketua Pemuda Umno Malaysia selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua minggu.

Namun pada pemilihan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada tahun 2000, Ahmad Zahid kembali ke arus perdana parti itu dengan memenangi salah satu kerusi berkenaan dan terus kekal sebagai anggota MT sehingga 2007.

Ahmad Zahid kemudiannya terpilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden Umno selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, beliau telah mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh untuk penggal kelima berturut-turut selepas menewaskan Madhi Hasan (Parti Keadilan Rakyat) dengan majoriti 2,108 undi. Ahmad Zahid memperoleh 17,176 undi.

Beliau telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh sejak 1995 dan mengekalkan jawatan itu sehingga sekarang.

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid juga berpengalaman dalam sektor perbankan dan berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC sebagai pegawai bank (1976-1977), di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penolong pengurus (1977-1979) dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN) (1979-1984).

Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan itu telah kemudian membawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dari tahun 1994 hingga 1999 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2000.

Ahmad Zahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai  Balai, Rungkup sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976.

Ahmad Zahid memperoleh ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Korporat) pada tahun 2000 dan kemudiannya ijazah doktor falsafah PhD-Komunikasi dari UPM.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Seri Hamidah Khamis, 60, mereka dikurniakan dua puteri Nurulhidayah, Nurulizawani dan tiga putera, Ahmad  Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan