PAS Harap Kabinet Baru Bertanggungjawab

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 11:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat  berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua anggota PAS supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.

"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.

Beliau berkata pimpinan PAS Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya.

Tags / Kata Kunci: PAS , Hadi Awang , Rombakan Kabinet

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan