"Jika Pendirian Saya Tak Selari Dengan PM Itu Hak Beliau" - Shafie Apdal

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 2:41 PM

Shafie Apdal

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang dipecat, Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan, beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara dan jika pandangan dan pendiriannya tidak selari dengan perdana menteri, itu adalah hak beliau (Datuk Seri Najib)  untuk menguggurkannya dari senarai jemaah menteri. 

Nama Shafie yang juga naib presiden Umno tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan secara langsung dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari tadi.

Dalam reaksi segera yang dikeluarkannya 45 minit selepas pengumuman itu dibuat, Shafie menegaskan; "Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di dalam landasan yang sepatutnya. Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian Datuk Seri Najib maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan (kabinet)." 

Kata Shafie lagi, sejak memegang jawatan dalam kabinet, beliau telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar terbela. 


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan